Thursday, February 9, 2012

HSG...

Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga aku melepasi ujian HSG nie...masa mula2 diberitahu dr aku kene bt ujian ni, mcm2 prsn ada...Melalui pengalaman aku, alhamdulillah ujian nie xskt cm terasa tegang skt bbila dye msk dlm rahim2 yg lain semua ok... kat sini aku kongsikan apa yg dikatakan HSG...

Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks(pangkal rahim)
3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.

Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:

* Pendarahan faraj
* Luka pada serviks
* Pengsan
* Jangkitan kuman pada rahim
* Alahan terhadap dye

Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Petikan diatas mengikut pembacaan di Portal Kehamilan Malaysia..... apa yg aku alami sama dgn hasil pembacaan aku kt internet..


Wednesday, February 1, 2012

Ya Allah...
Hanya Engkau tempat aku mengadu..
sesungguhnya aku hamba yg sgt lemah..
bila diuji, aku rasa tidak mampu
tapi aku yakin ya Allah, Engkau Maha Mengetahui semuanya...

YA Allah...
kesedihan di hati ini xmampu disorok
air mata ni mengalir bila mengenangkan dugaan yg diberi
berilah hambamu ini kekuatan Ya Rabb
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa

ya Allah..
aku malu untuk meminta kepadamu krn telah byk nikmat tlh Kau kurniakan
tapi ya Allah...
lumrah manusia tdk pernah puas dgn apa yg ada..
aku sntsa mengingatkan diri supaya bersyukur ats sgla pemberianMu namun..
hati ini sukar utk dipujuk apabila melihat semua kawan2 dikurniakan amanah yg paling berharga dariMu..

Ya Allah..
setiap kali aku lihat rakan2ku dikurniakan amanahMu
aku tidak akn lupa mengucapkan syukur dan sntsa berdoa semoga aku juga akan berpeluang menerima rezeki paling berharga itu...tapi kdg2 aku tidak kuat ya Allah..
kepadamu aku memohon berilah aku kekuatan...
kekuatan agar aku boleh tersenyum dan menyekat air mata yg sntsa berjujuran ini..

terima kasih ya Rahman,
kerana Kau kurnikan aku seorang raja yg sgt memahami dan menyayangi diriku
dapat menerima diri ini seadanya..
sesungguhnya aku ingin membahagiakannya..
aku ingin melihat dia gembira memiliki waris penyambung keturunan kami...
aku ingin melihat dia mengazankan dan menjaga amanahMu dgn baik...
namun ya Allah..aku tetap yakin apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...

Ya Allah...
aku tidak akn berputus asa
aku  akn trs berdoa smga suatu hari nanti Kau kurniakan kami zuriat dari keturunan kami...
zuriat yang soleh dan solehah
zuriat yg menjadi penyambung warisan keturunan kami
zuriat yang bolh menegakkan agamaMu dan meramaikan umat Muhammad...
hanya Engkau yg MAha Mengetahui...amin...

Kekasih Allah...

Assalamualaikum....
3 hari lagi kita akan menyambut  besday Rasulullah iaitu kekasih Allah.... semua org gembira sb semua org dapat cuti tapi sebenarnya bila difikir2 smula apa yg kita dpt dr sambutan ni setiap tahun???tepuk dada tanyala iman kita..adakah makin bertambah rasa syg kita pada Rasulullah @ lgsg xberi kesan apa2 pd diri kita....sama2lah kita renungkan....