Sunday, April 8, 2012

Jahit Pintu Rahim @ Cerclage Serviks




Aduhai..bila baca pasal kene jahit rahim nie ngeri betul rasanya...Npe tb2 aku cite psl jahit rahim plk n?ha...sbnrnya, bln lps aku g jumpa sorang dktr n, nm dia dr Maria (very nice person)....bila dh story panjang lebar ngan dr n, (sejarah yg aku dh pernah gugur 3 x) dr ckp pas n klu aku preg, mgkin aku kene jahit pintu rahim kerana pada dia pintu rahim aku xkuat that`s whyla bila kandungan aku besar, aku gugur..so, nie salah 1 cara utk selamatkn kandungan aku...aku pun google la kt internet & nie la hasil yg aku dpt psl jahit pintu rahim nie @ cerclage servic...harap semua dpt faedah darinya...takut memang takut tp bila memikirkan utk dptkan anugerah paling berharga dari Allah, apa salahnya rasa sakit dan susah dulu sblm dpt senang..btl x?


 *********************************************************************************************************************************


Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.

 Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu. 

 Siapa memerlukan cerclage?
Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.

1.
Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
2.
Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
3.
Keguguran pada penggal ketiga kandungan.
 
 Apa yang berlaku semasa prosedur?

1.
Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.
2.
Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
3.
Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.
4.
Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.
5.
Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
6.
Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat. (lihat video dibawah) 
 
 Apa yang berlaku selepas prosedur?

1.
Anda perlu berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau tanda-tanda kelahiran pramatang.
2.
Anda akan diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
3.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan  dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
4.
Anda dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak beberapa hari selepas prosedur.
5.
Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur.
6.
Jahitan biasanya akan dikeluarkan pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan.
7.
Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu. 

Tanda berjaga-jaga

Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.  Tanda-tanda ini menunjukkan cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
1.
Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi.
2. Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul.
3.
Demam.
4. Loya atau muntah.
5. Air ketuban pecah.      
 
 Apakah risiko menjalani cerclage?

Cerclage serviks boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
1.
Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
2.
Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
3.
Kecederaan serviks yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
4.
Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.

Friday, April 6, 2012

Amalan- amalan sunat hari Jumaat..

JUMAAT adalah penghulu segala hari dan padanya ada banyak kelebihan. so, marilah kita sama2 memanfaatkan hari yang mulia ini. Antara amalan yang digalakkan ialah:

1. Perbanyakkan selawat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masuk ke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

6. Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)


7.  Membaca “Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” 
(3 kali), pada solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.


8.  Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
 Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

9. Membaca surah Ali Imran
 Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam. 
 

10. Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
 Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.





Sungai Besar...

 
X sangka boleh g jalan2 kat Sg Besar minggu nie..ni smua sb follow my hubby g kursus la..tapi mmg best dan terbaik la duk kt sini..kitaorg duk 3h 2m kat D`Muara Marine Park Resort n,..tempat ni mmg besla, layanan diaorg, makanan diaorg..semua TERBAIK!..mmg tenangla klu sampai kat sini, sesuai utk sape nk hilangkn stress..perjalanan kitaorg dari nilai amik masa dalam 2jam 30minit dan sepanjang jalan memang xboring langsung sb akan melalui jalan2 kg..ada sawah padi, rumah2 kg yang design lama..pendek kata sgt berbalaoila klu datang cuti kat sini...sambil2 releks, boleh gak shoping kat bandar sg besar..kat sini baju, telekung, tudung memang murah..bg aku murah sket dr nilai 3...kat sini, aku post gmbr2 sepanjang kat sana...ops, lupa nak cite psl makanan kat sini...kat sini asyk makan makanan laut je almaklumla, betul2 tepi laut..cghalet aku nngan haubby dmuk mmg thee nice plmace sb kitaorg dpt chalet hujung sx dan atas air..bangun tdo, rs rumah kene banjir plk..hehe..apa2pun, xrugi bercuti kat sg besar...