Sunday, April 8, 2012

Jahit Pintu Rahim @ Cerclage Serviks




Aduhai..bila baca pasal kene jahit rahim nie ngeri betul rasanya...Npe tb2 aku cite psl jahit rahim plk n?ha...sbnrnya, bln lps aku g jumpa sorang dktr n, nm dia dr Maria (very nice person)....bila dh story panjang lebar ngan dr n, (sejarah yg aku dh pernah gugur 3 x) dr ckp pas n klu aku preg, mgkin aku kene jahit pintu rahim kerana pada dia pintu rahim aku xkuat that`s whyla bila kandungan aku besar, aku gugur..so, nie salah 1 cara utk selamatkn kandungan aku...aku pun google la kt internet & nie la hasil yg aku dpt psl jahit pintu rahim nie @ cerclage servic...harap semua dpt faedah darinya...takut memang takut tp bila memikirkan utk dptkan anugerah paling berharga dari Allah, apa salahnya rasa sakit dan susah dulu sblm dpt senang..btl x?


 *********************************************************************************************************************************


Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.

 Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu. 

 Siapa memerlukan cerclage?
Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.

1.
Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
2.
Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
3.
Keguguran pada penggal ketiga kandungan.
 
 Apa yang berlaku semasa prosedur?

1.
Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.
2.
Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
3.
Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.
4.
Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.
5.
Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
6.
Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat. (lihat video dibawah) 
 
 Apa yang berlaku selepas prosedur?

1.
Anda perlu berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau tanda-tanda kelahiran pramatang.
2.
Anda akan diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
3.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan  dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
4.
Anda dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak beberapa hari selepas prosedur.
5.
Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur.
6.
Jahitan biasanya akan dikeluarkan pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan.
7.
Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu. 

Tanda berjaga-jaga

Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.  Tanda-tanda ini menunjukkan cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
1.
Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi.
2. Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul.
3.
Demam.
4. Loya atau muntah.
5. Air ketuban pecah.      
 
 Apakah risiko menjalani cerclage?

Cerclage serviks boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
1.
Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
2.
Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
3.
Kecederaan serviks yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
4.
Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.

No comments:

Post a Comment