JUMAAT adalah penghulu segala hari dan padanya ada banyak kelebihan. so, marilah kita sama2 memanfaatkan hari yang mulia ini. Antara amalan yang digalakkan ialah:
1. Perbanyakkan selawat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh
kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat
baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i)
2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa
yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat
dan diampunkannya antara dua Jumaat”
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat)
ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang
mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki
minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian
bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)
4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masuk ke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada
Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan
mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh
akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu
Daud dan al-Hakim)
6. Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
7. Membaca “Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi”
(3 kali), pada solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.
8. Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila
anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud
kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan
menangis sambil berkata: “Celakalah
aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu
mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga,
sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar.
Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
9. Membaca surah Ali Imran
Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.
10. Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
Akan mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment