Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012

Assalamualaikum...

Lama betol rasanya x menulis..almaklumla bz la konon2nya... sedar xsedar dh masuk 18 Ramadhan ari nie, kejap je masa berlalu..bila masuk je Ramadhan hati nie berdebar2 je takut sgt apa yg berlaku sepanjang 2 tahun lepas berulang lagi..jd, aku ngn suami xputus2 berdoa semoga tahun ni kami x diuji lg dgn ujian yg lalu...sedih bila igt, sejak kami kawen belum pernah lg kami sambut raya dgn perasaan yg gembira..kenapa??? sb setiap kali Ramadhan tiba, kami menerima  berita gembira iaitu aku disahkan hamil tp malangnya bila akhir Ramadhan kami diuji lagi dgn masalah kandunganku dan akhirnya aku gugur lg..2tahun berturut2 peristiwa yg sama berlaku..fobia betul rasanya..so, sejak awl Ramadhan aku doa sgt2 ngan Allah supaya kami x lg diuji seperti itu...akhirnya Allah makbulkan doa kami..terima kasih Allah...

Ya Allah, sesungguhnya apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...selama nie aku selalu rs sedih je npe smp skrg aku blm lg ada zuriat..tp skrg aku nmpk hikmah disebaliknya..nk tau apa?? tahun lps ibu (mak mertua)aku nk kene operate kaki dia..klu tgk, mcm xde kene mengena pun ngn aku kn tp sbnrnya byk kene mengena (betul ke ayt aku n).bukan apa, semua ank ibu ada komitmen sndr dan kamilah yg paling kurang komitmen sb belum ada ank lg so kami lah yg jaga ibu kt hsptl tp bergilir2 gak la ngn adik beradik lain..Tahun ni plk, mak aku disahkan mengidap jantung tersumbat..ya Allah, betapa sygnya Kau padaku..bila dh sakit jantung, byk follow up dan rawatan kene buat dari satu hsptl ke 1 hsptl..tp alhamdulillah, kami ber2 dpt bg komitmen sepenuhnya dlm membantu mak menjalani ujian2nya..kat sini aku nmpk, antara hikmah kami blm dikurniakan ank sb Allah nk kami berbakti sepenuhnya pada kedua2 org tua kami..insyaAllah, kami akn laksanakan tugas sbg ank dgn sebaik mgkn..kami xkan sia2kan peluang yg Allah bg nie..mungkin klu kami dh ada ank skrg ni, mgkn jgk kami jdkan ank sbg alasan xdpt teman mak @ ibu sepanjang kt hsptl...apapun, aku snts doakan mak, ibu dan abh2 aku semua sht sentiasa dan dipanjangkn umur sb aku blm puas lg nk gmbrkan mrka..

Moral drpd entri kali nie ialah yakinlah setiap apa yg Allah tetapkan adalah yg terbaik utk kita...sentiasalah bersangka baik ngan Allah sb Allah xpernah kejam pada hambaNya..

Sunday, July 22, 2012

Giveaway Ramadhan Cik Jajika 9 Julai 2012 - 27 Julai 2012

 Jom ramai2 sertai giveway nie di http://princessofhemp.blogspot.com/2012/07/giveaway-ramadhan-cik-jajika.html

                      Giveaway Ramadhan Cik Jajika 9 Julai 2012 - 27 Julai 2012 



Giveway dari blogger...

Assalamualaikum...

Bosan-bosan ngadap komputer tiba2 terfikir nk cari contest2, akhirnya jumpalah 1 blog nie..bes gak contest dia, senang je..Jomla kita ramai2 sertai... http://lizahanum.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-giveaway.html

Sunday, July 15, 2012

Nak kurus????

Kurus dengan Acai Berry!!!!



 


Acai Berry yang Mmg superbb!!!
Xperlu nak sakit2 perut, Cirit birit Bagai,bancuh membancuh kmbang Kempis hidung Menahan bau hanya just telan sebiji acai berry sAtu hari dan nanti kan hasil yang menggembirakan buah acai berry yang kaya dengan aktioksida.. Sgt2 best!! :)

HANYA 1 BIJI SEHARI UNTUK MEMBUANG LEMAK ANDA

RM 100/30 SOFTGEL KAPSUL

BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DALAM ACAIBERRY SOFTGEL IALAH:

1.Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah Buaya dipercaya berkhasiat sebagai anti inflamasi, anti bakteria dan membantu proses regenerasi sel. Di samping menurunkan kadar gula dalam darah bagi penderita diabetes, mengontrol tekanan darah, menstimulasi kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit kanker, serta dapat digunakan sebagai nutrisi pendukung penyakit kanker, penderita HIV/AIDS.
2.Chitosan

Chitosan merupakan serat haiwan yang mengikat kolesterol dalam getah empedu. Chitosan terdapat dalam chitine kulit udang atau cangkang kepiting. Jika chitosan ini terkena asam lambung, senyawa tersebut akan berubah menjadi semacam gel yang dapat membungkus bukan saja molekul kolesterol dalam getah empedu tetapi juga molekul lemak dalam makanan. Kolesterol dan lemak yang terbungkus secara otomatis akan terbuang bersama sistem eliminasi dan eksresi tubuh. Maka dari itu, chitosan bisa dianggap sebagai obat pelangsing dan relatif aman, karena ini adalah bahan alami dan mekanismenya tidak mempengaruhi sistem tubuh secara keseluruhan (chitosan hanya mengikat lemak dan kolesterol). Selain itu, Chitosan mempunyai khasiat lain terhadap tubuh, seperti:

■memperlambat penuaan,
■mengharmoniskan organ tubuh,
■Memperkuat kekebalan sel tubuh/menambah daya kekebalan,
■Mengaktifkan daya hidup sel limphe,
■Menaikkan nilai PH cairan tubuh, sehingga menciptakan lingkungan basa,
■Mengurangi/memusnahkan racun.
■Mencegah cedera akibat radiasi (penyaring sinar ultraviolet).
■Memperkuat daya sel tubuh terhadap sel kanker.
■Meningkatkan fungsi pembunuh sel kanker.
■Berdaya menekan penyebaran sel kanker tumor.
■Menurunkan hypertensi dan menekan penyerapan kolesterol tinggi dan menstabilkan tekanan darah.
■Memperkuat fungsi & memelihara hati.
■Mencegah penumpukan kolesterol jahat pada hati.

3.Gracinia Cambogia

Mengandung Hydroxytric acid (HCA) zat yang mengurangi perubahan karbohidrat menjadi lemak, menambah glikogen dalam tubuh sehingga memberi efek kenyang lebih panjang dan badan tetap segar, mengurangi nafsu makan dan mengurangi berat badan.

4.Green Tea

Teh Hijau banyak mengandung antioksidan termasuk Thearubigins, epicatechins dan catechin. Antioksidan sangat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat membantu mencegah kanker dan penyakit jantung, selain itu bermanfaat pula untuk mengontrol berat badan serta melindungi dan menyehatkan kulit.
5.Dietary Fiber

Serat makanan atau Dietary Fiber membantu mengurangi masalah pencernaan serta mengatur kadar gula darah dan insulin. selain itu pula membantu menurunkan kolesterol jahat ( LDL ) tanpa mengurangi kadar kolesterol yang baik ( HDL ).



  


HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN DISKAUN HARGA: Normala (0196506528) 
@ layari fb saya Normala Zulkifli







Wednesday, July 4, 2012

Diskaun 20% Coway

Cepat!!!Jangan tunggu lagi....boleh tempah sekarang untuk dapatkan diskaun sehingga 20% untuk semua barangan Coway...

berminat?? hubungi Syafaat (0186686797)...

Wednesday, June 27, 2012

PENAPIS AIR COWAY


DISKAUN SEHINGGA 31 JULAI 2012....CEPAT!!!!!!





1)    Water Purifier Petit (table-top)
Original Price: RM3,400 (cash)

KINI HANYA RM 2720
BOOKING HANYA 10%
Installment: 0% interest
Sewa: pendaftaran – rm200
Bayaran sebulan: rm110

  • Muatan 6.5Ltr dalam satu masa ,dengan air biasa 3Ltr, air sejuk 2.3Ltr dan air panas 1.2Ltr
  • Sesuai untuk keluarga seramai 1-5 orang
  • Sesuai untuk individu yang mementingkan gaya, kecantikkan, ruang yang kecil dan canggih
  • Paling laris kerana designnya yang cantik dan canggih serta pernah memenangi award
  • Penggunaan elektrik RM 5.90 sebulan (on 24 jam)  
 
2)    Water Purifier Mach (table-top)
Original Price RM3200

KINI HANYA RM2560
 BOOKING HANYA 10%

Installment: 0% interest
Sewa: pendaftaran – rm200
Bayaran sebulan: rm110
  • Muatan 11.4Ltr dalam satu masa, dengan air biasa 6.6Ltr, air sejuk 3.6Ltr dan air panas 1.2Ltr
  • Sesuai untuk keluarga yang besar atau pejabat yang kurang dari 15 orang pekerja
  • Sesuai untuk keluarga yang ramai dan pentingkan penjimatan kos
  • Penggunaan elektrik RM 6.90 sebulan (on 24 jam)
4)    Water Purifier Sally (floor-standing)
Original Price : RM4,000

KINI HANYA RM3200
BOOKING HANYA 10%
Installment: 0% interest
Sewa: pendaftaran – rm200
Bayaran sebulan: rm120 – RM130

  •     Muatan 11L dalam satu masa, dengan air biasa 6Ltr, air sejuk 3Ltr dan air panas 2Ltr
  • Sesuai untuk pejabat yang kurang daripada 15 orang pekerja, restoran mahupun keluarga yang ramai
  • Model ini sangat sesuai bagi orang yang mementingkan gaya dan kecantikkan kerana designnya yang moden dan "slim size"
  • Penggunaan elektrik RM 6.60 sebulan (on 24 jam)







3)    Water Purifier Metro
Original Price RM4200

KINI HANYA RM3360
BOOKING HANYA 10%
Installment: 0% interest
Sewa: pendaftaran – rm200
Bayaran sebulan: rm130

  •     Muatan 22.4Ltr dalam satu masa, dengan air biasa 14Ltr, air sejuk 4.8Ltr dan air panas 3.6Ltr
  • Sesuai untuk kegunaan pejabat (20 orang pekerja), restoran dan keluarga yang ramai
  • Penggunaan elektrik RM 9.10 sebulan (on 24jam)

5)    Water Purifier Value (table-top)
Original Price RM2,300

KINI HANYA RM1840
BOOKING HANYA 10%
Installment: 0% interest
Sewa: pendaftaran – rm200
Bayaran sebulan: rm70

  • Muatan 6.5Ltr dalam satu masa
  • Air pada suhu bilik sahaja
  • Tiada tenaga elektrik diperlukan
  • Sesuai untuk yang mementingkan gaya hidup simple dan bergaya



BERMINAT??? HUBUNGI SAYA (SYAFAAT - 0186686797 @ NORMALA - 0196506528) @ EMAIL helper_2112@yahoo.com.sg

Tuesday, June 26, 2012

Produk Coway terbaik!!!








Berminat? sila email  ke normmalla@yahoo.co.uk atau sms ke no 0133266797/0196506528

Thursday, June 21, 2012

Cyst dan Fibroid...

Assalamualaikum...

Huh, lama btol x menulis kt blog nie...slps buat HSG ari2 trs x menulis dh sb nk tunggu keputusan HSG dan ujian kromosom...alhamdulillah skrg dh dpt semua keputusan2 dan syukur pada Allah semuanya ok cuma Allah uji dengan kehadiran cyst dan fibroid plk...terkejut gak ms mula2 dgr dktr bgtau tapi ms2 buat2 cool je...bila dktr scan kt bwh perut aku, dktr tunjukla kt aku kt mn kedudukan cyst dan fibroid2..cyst aku kt sblh kiri..1 fibroid aku kt sblh kanan dan 1 lg dkt pintu rahim...menurut kata dktr, fibroid sblh kanan2 kedudukan dia sedikit menghalang perjalanan telur untuk sampai dlm kwsn graviti dlm rahim aku ni, so ni salah 1 sb aku ssh nk pregnant...and then bl aku dh pregnant kdg2 benih2 akn menempel kt fibroid2 pas2 dia xkuat n jatuh..2jgk salah 1 sb aku slu gugur.. aku pun tyala dktr, blh ke klu buang fibroid2, jwpnnya xleh lg sb skrg saiz dia 3cm..kalau buang skrg, akn menjejaskn rahim aku, tp dktr bgtau klu aku pregnant, kmgknan bsr dktr blh buang..aku pun trs mnt kat dktr ubat kesuburan(clomid) tp...dktr xbg sb clomid blh menyebabkan cyst aku bertambh dan blh jd kanser plk pd ovari aku..ya Allah..dugaanMu sgt hebat...akhirnya, utk penyelesaian dktr ckp tgu lg 3 bulan utk tgk fibroid2 membesar @ x dan buat ms skrg aku kene doa je byk2 supaya aku mengandung...tapi walau apapun, aku yakin Allah Maha Adil dan Berkuasa...aku xkan putus berdoa + usaha...Allah xkan uji hambaNya tanpa sbrg sebab..pasti ada hikmah disebaliknya..aku redo dgn segala ketentuan dariNya...

Sedikit info untuk rawatan:
Rawatan Moden:
Ketumbuhan Kecil - makan ubat yang disarankan untuk memecah dan mencairkan ketumbuhan tersebut.
Ketumbuhan Besar - perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan,jika ia berisiko doktor menyarankan agar membuang rahim bergantung pada tahap kritikal penyakit itu.

Rawatan Islam:
Pengidap rajin-rajinlah membaca surah Maryam or Ambiyaa' or An-Nisaa' or Ali-Imran kerana ia dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts dan lain-lain. Sumber fakta dan info dirujuk dari buku tulisan Dr. Amran Kasimin, Dato’ Dr. Haron Din dan Prof Madya Hanafi Ismail.
 
Kita sering mengutamakan perubatan moden dari kaedah rawatan secara Islam, kerana perubatan moden lebih berasaskan kepada logik dan beralasan. Ramai di antara kita menenepikan KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN,

Sunday, April 8, 2012

Jahit Pintu Rahim @ Cerclage Serviks




Aduhai..bila baca pasal kene jahit rahim nie ngeri betul rasanya...Npe tb2 aku cite psl jahit rahim plk n?ha...sbnrnya, bln lps aku g jumpa sorang dktr n, nm dia dr Maria (very nice person)....bila dh story panjang lebar ngan dr n, (sejarah yg aku dh pernah gugur 3 x) dr ckp pas n klu aku preg, mgkin aku kene jahit pintu rahim kerana pada dia pintu rahim aku xkuat that`s whyla bila kandungan aku besar, aku gugur..so, nie salah 1 cara utk selamatkn kandungan aku...aku pun google la kt internet & nie la hasil yg aku dpt psl jahit pintu rahim nie @ cerclage servic...harap semua dpt faedah darinya...takut memang takut tp bila memikirkan utk dptkan anugerah paling berharga dari Allah, apa salahnya rasa sakit dan susah dulu sblm dpt senang..btl x?


 *********************************************************************************************************************************


Cerclage serviks adalah prosedur pembedahan yang dilakukan ke atas wanita mengandung untuk menjahit sekeliling serviks supaya serviks tidak akan terbuka sehingga bayi benar-benar bersedia untuk dihahirkan. Ia dilakukan untuk menghalang serviks terbuka sebelum kandungan berusia 37 minggu dan untuk menghalang kelahirang pra matang. Peratus kejayaan adalah 90%.

 Masa terbaik untuk melakukan cerclage adalah sewaktu kandungan berusia 12 hingga 14 minggu. Walaubagaimanapun, sesetengan wanita mungkin memerlukannya secara kecemasan dimana cerclage dimasukkan sebelum kandungan mencecah 24 minggu. Prosedur ini jarang dilakukan selepas kandungan berusia 24 minggu. 

 Siapa memerlukan cerclage?
Cerclage dilakukan untuk menghalang keguguran atau kelahiran pramatang terutamanya bagi wanita yang mengalami masalah serviks tidak kompeten dimana serviks tidak mempunyai kekuatan atau sokongan dalaman untuk memastikan serviks sentiasa tertutup. Masalah ini akan bayi terkeluar sendiri sebelum proses bersalin bermula. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk melakukan cerclage.

1.
Serviks memendek atau terbuka terlalu awal yang akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
2.
Bentuk uterus yang tidak sempurna atau rosak akibat trauma atau kecederaan terdahulu.
3.
Keguguran pada penggal ketiga kandungan.
 
 Apa yang berlaku semasa prosedur?

1.
Sebelum prosedur, doktor akan melakukan beberapa siri imbasan transvagina untuk mengukur bukaan serviks anda.
2.
Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan, menyembur air atau memakai sebarang krim vagina 24 jam sebelum prosedur.
3.
Berpuasa 6 jam sebelum prosedur dijalankan.
4.
Sebelum prosedur bermula, anda akan diberi sama ada bius setempat atau bius keseluruhan.
5.
Doktor akan menggunakan spekulum untuk membuka bukaan vagina.
6.
Jahitan dilakukan di sekeliling serviks untuk membolehkan bukaan serviks tertutup rapat. (lihat video dibawah) 
 
 Apa yang berlaku selepas prosedur?

1.
Anda perlu berehat di wad beberapa jam untuk membolehkan doktor memantau tanda-tanda kelahiran pramatang.
2.
Anda akan diberi ubat untuk menghalang jangkitan dan kelahiran pramatang.
3.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan  dan kekejangan sejurus selepas prosedur. Biasanya, ia akan hilang selepas beberapa hari.
4.
Anda dinasihatkan supaya berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal yang lasak beberapa hari selepas prosedur.
5.
Jangan melakukan persetubuhan selepas prosedur.
6.
Jahitan biasanya akan dikeluarkan pada minggu ke 37 kandungan. Proses mengeluarkan jahitan adalah sama seperti pap smear, tidak memerlukan bius. Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan.
7.
Kelahiran akan berlaku sejurus selepas itu. 

Tanda berjaga-jaga

Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.  Tanda-tanda ini menunjukkan cerclage tidak berhasil dan bayi perlu dilahirkan lebih awal.
1.
Sakit dibahagian perut yang datang dan pergi.
2. Pendarahan vagina yang kehitaman, kemerahan ataupun berketul.
3.
Demam.
4. Loya atau muntah.
5. Air ketuban pecah.      
 
 Apakah risiko menjalani cerclage?

Cerclage serviks boleh dikaitkan dengan masalah berikut yang mungkin memerlukan bayi dilahirkan lebih awal.
1.
Jangkitan sibahagian dalam serviks dan air ketuban.
2.
Stenosis serviks. (servix menjadi sempit atau tertutup selamanya)
3.
Kecederaan serviks yang diakibatkan oleh tekanan fetus yang menolak cerclage. Ini akan menyebabkan serviks tercedera dan cerclage terputus.
4.
Air ketuban pecah sebelum sampai waktunya dan diikuti oleh jangkitan.

Friday, April 6, 2012

Amalan- amalan sunat hari Jumaat..

JUMAAT adalah penghulu segala hari dan padanya ada banyak kelebihan. so, marilah kita sama2 memanfaatkan hari yang mulia ini. Antara amalan yang digalakkan ialah:

1. Perbanyakkan selawat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masuk ke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

6. Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)


7.  Membaca “Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” 
(3 kali), pada solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.


8.  Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
 Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

9. Membaca surah Ali Imran
 Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam. 
 

10. Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
 Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.





Sungai Besar...

 
X sangka boleh g jalan2 kat Sg Besar minggu nie..ni smua sb follow my hubby g kursus la..tapi mmg best dan terbaik la duk kt sini..kitaorg duk 3h 2m kat D`Muara Marine Park Resort n,..tempat ni mmg besla, layanan diaorg, makanan diaorg..semua TERBAIK!..mmg tenangla klu sampai kat sini, sesuai utk sape nk hilangkn stress..perjalanan kitaorg dari nilai amik masa dalam 2jam 30minit dan sepanjang jalan memang xboring langsung sb akan melalui jalan2 kg..ada sawah padi, rumah2 kg yang design lama..pendek kata sgt berbalaoila klu datang cuti kat sini...sambil2 releks, boleh gak shoping kat bandar sg besar..kat sini baju, telekung, tudung memang murah..bg aku murah sket dr nilai 3...kat sini, aku post gmbr2 sepanjang kat sana...ops, lupa nak cite psl makanan kat sini...kat sini asyk makan makanan laut je almaklumla, betul2 tepi laut..cghalet aku nngan haubby dmuk mmg thee nice plmace sb kitaorg dpt chalet hujung sx dan atas air..bangun tdo, rs rumah kene banjir plk..hehe..apa2pun, xrugi bercuti kat sg besar...





Sunday, March 18, 2012

Tips Percutian ke Langkawi...

1) Kalau nk beli sudu, senduk, mangkuk yg xde jenama sgt blhla beli kat HIG (Haji Ismail Group) sb kt sini mmg murah dan kualiti skt dr yg lain..

2) Kalau nk beli kuali murah g la Idaman Suri tp jenama Idaman Suri la..

3) Mangkuk 3 beradik aku survey2 kat Ram`s paling murah

4) coklat kt mn2 pn sama je hrga, so beli je..

5) kain batik, kain pelikat, tshirt blhla beli kat Beras terbakar, mmg murah compare yg lain

6) kalau duk menginap kt Pantai Cenang, hrp mklm bhwa kedai2 kt situ tutup pkl12 mlm...

7) kalau tinggal kat langkawi lebih dr 48jam, xkene taks...

Selamat bershoping n bercuti bt sape yg nak g Langkawi nanti..shoping brg branded mmg berbaloi kat sn..2x ganda mrhnya dr kat luar tau...mmg rambang mata tgk n pilih brg2 pinggan mangkuk...cuma sepanjang aku duk kt langkawi 3 hari, sekali pun aku xjmp tmpt mkn yg sdp..semuanya stkt blh telan je dhla mhl mungkin sb cuti sek..

Percutian ke Langkawi...






Huh..cuti sek seminggu n mmg jln sakanla.. jumaat (9.3.12) malam2 kitaorg (aku, suami, ibu & abah) dh mulakan perjalanan.. kitaorg gerak dr rmh pkl 9 mlm dan smp kt kuala Perlis dlm pukul 5 pg 2dh msk rehat2 kt tol gurun..smp je kt Kuala Perlis, kami solat subuh dl pas2 amik tiket feri ke Langkawi..tiket pkl 7 pg tp sb ada kosong pkl 6.30 so, kitaorg naik jela...perjalanan feri amik ms dlm 45 minitla..smp kt Langkawi my husband terus tel Pak Yaakob org yg kami sewa kereta ngan hotel...Pak Yakob amik kami kat jeti trs bw g hotel tp blm blh check in sb customer sblm2 blm check out lg so, kami amik kete dan trs g srpn dl... pas mkn kitaorg trs g cr peta Langkawi dl sb semua xtau jln kt sn..

 


 Tempat pertama kami g adalah MINYAK GAMAT NUSANTARA..kedai ni tepi jln je..mmg ada replika botol minyak gamat besar2 tepi jln2...besnya kt sn, kt blh rs & mskkan tangan dlm kawah gamat2..xpanas pun...sambil timba ilmu, sambil shoping...


 










----------------------------------------------------------------------------------------------







Destinasi kedua ialah  BERAS TERBAKAR
bila smp kt sn, mula2 mcm pelik gak sb mmg xnmpk tlsn , cuma yg nmpk kedai2 jual bj, kain batik..bila dh jln dlm sket, br nmpk..rupanya ada sejarah di sebalik kejadian beras terbakar ni...elok je nk bergmbr, hujan pun trn...so, berteduhla kt kedai2 tepi2..smbl2 tu, shopingla kain batik & kain pelikat...
                    ------------------------------------------------------------------------------

Dari Beras Terbakar, singgah plak kt MAKAM MAHSURI dh alang2 lalu..tiket msk rm5 seorg shja...  utk pengetahuan smua, nk smp ke makam mahsuri2, mcm2 kene lalu..mcm muziumla..dipersembahkan muzik gamelan..kan pelik tepi kubur org main muzik..patutnya bcla yassin ke apa..hahaha...lth gakla jln br dpt tgk makam mahsuri..beli air nira sebungkus rm3...




Bila dh penat jln, mkn jap pas2 check in hotella...rht, tdo dl..hehe..kbtln kitaorg sewa motel NABIL NABILA btl2 sebaris ngn kedai RAM`s..apalg, dh puas rht, aku pun ajk husband g sn..mula2 nk tgk2 hrga je tp tersangkut plk..beli la..

                    -------------------------------------------------------------------------------------
Tempat seterusnya kitaorg g naik KERETA KABEL..mmg takut ngn ngeri la naik kereta kabel2 tp ble dh smp puncak, besnya rs...













pening kepala suami aku pikir mcmn nk susun brg

hasil shoping di langkawi...

Wednesday, March 14, 2012

Berfikirlah secara Positif....


Skrg ni aku rs mcm mls je nak buka fb..bkn apa, mcm2 prsn bl tgk status kwn2 yg br dpt baby, br pregnant... aku gmbr bg pihak diaorg tp dlm ms yg sm aku sdh bl mengenangkan diri aku n walaupun aku tau yg skrg ni aku ngn husband sdg diuji Allah...Allah menguji kami dengan kehadirn anak...

Allah tu maha adil btl...Dia belum dikurniakan kami zuriat tp Dia bg kami segalanya..Dia bg kami kerja yg bagus, keluarga yang baik2 dan alhamdulillah smp skrg kami xpernah mengalami mslh kewangan yg teruk... Allah uji kami sikit je sb blm bg anak tp Dia dh bg aku rs mengandung..walaupun hanya 3 bulan je tp pengalaman2 sgt2 aku hargai dan akn aku igt smp bila2..terima kasih Allah...

Bila difikir2kan, banyak hikmahnya Allah belum kurniakan kami zuriat..antara hikmahnya yg aku nmpk skrg ialah dlm ramai2 adik beradik, hanya kami yg mungkin blh gmbrkan mak abah utk bw diaorg g jln2 @ tlg diaorg lbh sket bkn apa sb adik berdik lain semua dh ada anak kecik so, susahla bg diaorg nak bw g jln2... yg kedua, hidup kitaorg pun dh semakin stabil skrg, dh ada kereta sorang 1, dh ada rmh sndr..alhamdulillah..klu xde aral melintang insyaAllah thn dpn kami suami isteri nak further study plk..

Aku ni slu gak bc blog ngan forum tntg kwn2 yg senasib ngn aku n tp sbrla kwn2, semua yg terjd n ada hikmahnya...ank n mmg anugerh Allah dan dia akn menyatukan hati antara suami isteri tp dia juga adalah ujian Allah...aku bersyukur aku adalah seorg guru..bl jd cikgu n, mcm2 aku tgk dlm khdpn seharian..pernah aku handle 1 kes, ank murid aku didera oleh mak ayhnya sndr...sdh aku tgk bdn2 dia hbs lebam..semua n bt aku terpikir, mgkn n slh 1 sb aku blm dikurniakan ank..mgkn sb aku ngn husband blm bersedia sepenuhnya utk terima anak mklmla kitaorg n br je bercinta..bercinta lps kawen...xpuas lg hidup ber2...


Tapi apapun, aku ngan suami xpernah putus asa dan berdoa semoga suatu hari nanti kami juga ada pewaris dan keturunan sndr...kita merancang, Allah juga merancang tp perancangan Allah adalah yg terbaik...



Thursday, February 9, 2012

HSG...

Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga aku melepasi ujian HSG nie...masa mula2 diberitahu dr aku kene bt ujian ni, mcm2 prsn ada...Melalui pengalaman aku, alhamdulillah ujian nie xskt cm terasa tegang skt bbila dye msk dlm rahim2 yg lain semua ok... kat sini aku kongsikan apa yg dikatakan HSG...

Apa itu HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks(pangkal rahim)
3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.

Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Komplikasi HSG
Seperti juga ujian diagnostik yang lain, terdapat beberapa komplikasi yang dikaitkan dengan ujian ini. Walaubagaimanapun, ia sangat jarang terjadi cuma 1% dari keseluruhan pesakit. Ia termasuklah:

* Pendarahan faraj
* Luka pada serviks
* Pengsan
* Jangkitan kuman pada rahim
* Alahan terhadap dye

Selepas ujian, doktor anda akan menerangkan keputusan ujian kepada anda. Ujian yang normal akan menunjukan tidak ada penyumbatan pada salur peranakan dan rahim berada dalam bentuk normal. Keputusan yang tidak normal menunjukkan samada salur peranakan tersumbat, terdapat parut dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal.

Selepas HSG
Sekiranya normal bermaksud anda tidak mengalami masalah dengan salur peranakan dan rahim. Doktor mungkin akan menyarankan ujian lain untuk mencari sebab lain terhadap masalah kesukaran hamil anda atau berganjak kepada rawatan seterusnya seperti IUI.
Keputusan tidak normal, bermaksud terdapat masalah pada salur peranakan atau rahim dan rawatan bergantung kepada masalah spesifik yang dikesan yang menjadi penyebab kepada ketidaksuburan anda.

Petikan diatas mengikut pembacaan di Portal Kehamilan Malaysia..... apa yg aku alami sama dgn hasil pembacaan aku kt internet..


Wednesday, February 1, 2012

Ya Allah...
Hanya Engkau tempat aku mengadu..
sesungguhnya aku hamba yg sgt lemah..
bila diuji, aku rasa tidak mampu
tapi aku yakin ya Allah, Engkau Maha Mengetahui semuanya...

YA Allah...
kesedihan di hati ini xmampu disorok
air mata ni mengalir bila mengenangkan dugaan yg diberi
berilah hambamu ini kekuatan Ya Rabb
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa

ya Allah..
aku malu untuk meminta kepadamu krn telah byk nikmat tlh Kau kurniakan
tapi ya Allah...
lumrah manusia tdk pernah puas dgn apa yg ada..
aku sntsa mengingatkan diri supaya bersyukur ats sgla pemberianMu namun..
hati ini sukar utk dipujuk apabila melihat semua kawan2 dikurniakan amanah yg paling berharga dariMu..

Ya Allah..
setiap kali aku lihat rakan2ku dikurniakan amanahMu
aku tidak akn lupa mengucapkan syukur dan sntsa berdoa semoga aku juga akan berpeluang menerima rezeki paling berharga itu...tapi kdg2 aku tidak kuat ya Allah..
kepadamu aku memohon berilah aku kekuatan...
kekuatan agar aku boleh tersenyum dan menyekat air mata yg sntsa berjujuran ini..

terima kasih ya Rahman,
kerana Kau kurnikan aku seorang raja yg sgt memahami dan menyayangi diriku
dapat menerima diri ini seadanya..
sesungguhnya aku ingin membahagiakannya..
aku ingin melihat dia gembira memiliki waris penyambung keturunan kami...
aku ingin melihat dia mengazankan dan menjaga amanahMu dgn baik...
namun ya Allah..aku tetap yakin apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...

Ya Allah...
aku tidak akn berputus asa
aku  akn trs berdoa smga suatu hari nanti Kau kurniakan kami zuriat dari keturunan kami...
zuriat yang soleh dan solehah
zuriat yg menjadi penyambung warisan keturunan kami
zuriat yang bolh menegakkan agamaMu dan meramaikan umat Muhammad...
hanya Engkau yg MAha Mengetahui...amin...

Kekasih Allah...

Assalamualaikum....
3 hari lagi kita akan menyambut  besday Rasulullah iaitu kekasih Allah.... semua org gembira sb semua org dapat cuti tapi sebenarnya bila difikir2 smula apa yg kita dpt dr sambutan ni setiap tahun???tepuk dada tanyala iman kita..adakah makin bertambah rasa syg kita pada Rasulullah @ lgsg xberi kesan apa2 pd diri kita....sama2lah kita renungkan....


Friday, January 20, 2012

Kebesaran Allah...

Antara bukti kebesaran Allah..YA Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa

Wednesday, January 18, 2012

Kelebihan Memberi Salam...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Ha..panjangkan saya bagi salam kali ni...nak tau x npe?..smlm on d way balik dari sekolah, sy dengarlah radio Suria Fm, mmg ari2 pun dgr radio tu..tapi kali ni dgr tazkirah dari ustazah Bahiyah tentang kelebihan memberi salam..banyak rupanya kelebihannya antaranya ialah:
  • pertama, salam ni adalah kalimah Allah
  • ia juga kalam Rasulullah
  • selain tu, salam ni juga kalam ahli syurga
  • memberi salam maksudnya mendoakan orang tersebut
  • tapi yang paling bes bila bagi salam dgn ucapan Assalamualaikum, kita dpt pahala 10x, Assalamualaikumwarahmatullah, dpt pahala 20x dan klu bagi salam Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dpt pahala 30x...nk tau npe?..ha..sbnya, bila ucapan pertama td, kt hanya mendoakan kesejahteraan shja, tp ucapan ke2 kt mendoakan kesejahteraan dan memohon rahmat tp ucapan yg ke3 kt doakan kesejahteraan, memohon rahmat dan memohon berkat...
senang je kan nk dapat pahala..sbnrnya, byk lagi fadilat dan kelebihan salam ni tp ni je yg sy igt..hehe...so, mulai ari ni, marilah kita sama2 mengucapkan salam bila bertemu ngan rakan...semoga kita dapat amalkan amalan yg mudah ini..

Tuesday, January 17, 2012

wahai FAHMI....

Sedar x sedar dh masuk tahun kedua aku mengajar...dalam 2 tahun macam2 aku jmp kerenah anak murid..tahun ni aku diamanahkan mendidik anak2 pelajar tingkatan  dan 2 sesi petang...sejak sekolah 2 sesi ni, rasa senang btl hati..hehe..bukan apa, xyah bangun pagi, xterkejar2 nk buat sesuatu kerja..ada byk ms waktu pg blh buat kerja rmh...g sek hati dh tenang..bukan apa sb dh siap msk utk suami, rmh dh kemas...so, g sek mmg boleh ngajar dgn hati yang senangla....

Tahun ni aku dpt anak murid yg bertuah gakla..tapi dalam entry n aku nak cite psl anak aku yg bernama FAHMI..dia ni dh msk form 2 tp perangai mcm bdk2..ari pertama aku msk kls dia, aku xblh ngajar, blurrrrrrrrrrr jdnya...nk tau npe?ha...psl si fahmi ni la..mulut dia ni sgt bising..setiap saat dia akn bercakap smp aku pun sdpt nk ckp dhla suara dia kuat duk depan sekali plk2...hai anak2....

Aari ke2 aku msk kls dia aku xdgr lgsg suara dia..pelik bin ajaib bdk ni dalam hati aku kata...bl dh hbs mengajar, aku tyala dia.."npe senyap je fahmi ari ni?" dia pun jawab.."sy mls nk berckp, semua ckg srh sy senyap"...bunyi mcm merajuk je anak aku ni...pas2 aku xpuas hati ngan jwpn dia, aku tya kwn2 kls dia..oooo..rupa2nya sblm ms aku td, dia kene mrh dgn teacher dia...pas2 apa lg aku gelakkan dia la....tp yg pasti kels2 sunyi klu xdgr suara dia...

FAHMI ni pelik skt bdknya slps aku dh ngajar dia hmpir 3 minggu ni..dia ni susah skt nk suh solat...klu ms aku, mmg aku follow blkg dia suh dia g amik wuduk pas2 solat tp yg aku geramnya bl aku ckp ngan kawan dia skjp je dia dh hilang..ya Allah...sabar jela cikgu normala....selalunya orang kata, klu xnak solat ni mst bdk2 xpandai mengaji..smlm aku tes la fahmi, nak tau x..dia mengaji al-quran sedap....tajwid btl..semua okla..tp smp ari ni aku musykil npe dia xsk nk solat...aku kene cr ni apa sb dia xnk solat...tp apapun, aku snts doakan dia semoga Allah permudahkan urusan dia utk dirikan solat...